PERUTUSAN PENGETUA SMKGURUN

Assalammualikum dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke laman web SMK Gurun,Kedah.Terlebih dahulu izinkan saya untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para guru yang telah berusaha keras untuk mewujudkan laman web sekolah ini.Langkah ini selaras dengan perkembangan bidang ICT dalam dunia hari ini. Sesungguhnya, pihak sekolah amat berbangga dengan kelahiran laman web ini. Saya bersyukur kerana dengan izinNya, laman web ini dapat dilancarkan. Ini bermakna sekolah ini dapat dikenali dan dilawati di alam siber dari apek sejarah, budaya sekolah, informasi, statistik, keunikannya dan juga perkembangan terkini. Namun apa yang diharapkan ialah ia dapat membawa SMK Gurun ke arah perkembangan dan kemajuan sekolah.Ia juga dapat dijadikan wadah perkongsian maklumat dan pengetahuan bagi semua pihak dari semasa ke semasa.

Bagi saya laman web ini bukan sekadar paparan visual semata-mata, bahkan ia dapat membuka satu demensi baru dalam budaya ilmu ke arah kecemerlangan pendidikan yang menjadi matlamat sekolah ini. Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyeru semua pelajar agar berusaha gigih menimba ilmu serta meraih kejayaan dalam semua bidang yang diceburi. Janganlah hendaknya para pelajar ketinggalan dalam mengikut perkembangan teknologi maklumat. Jika tidak, kita akan ketinggalan dan tercicir dari arus perdana era globalisasi. Pihak sekolah juga berbesar hati menjemput para waris melayari laman web SMK Gurun bagi mendapatkan informasi tentang pelajar-pelajar serta perkembangan sekolah.

Akhir kata, semoga segala usaha murni ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin agar SMK Gurun sentiasa dapat menjana kegemilangan dari pelbagai aspek.Terima kasih kepada semua yang telah memilih Laman Web SMK Gurun,Kedah.

Sekian Terima Kasih

PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG