Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun (SMKG) ditubuhkan pada tahun 1964. Ia didirikan di atas kawasan seluas 6.23 hektar di pinggir Pekan Gurun berhampiran dengan jalan raya utama yang menghubungkan Alor Star dengan Sungai Petani. SMK Gurun mempunyai tenaga akademik seramai 88 orang dengan bilangan pelajar seramai 1609 orang pelajar (september 2006)
SMKG mempunyai 8 buah bangunan iaitu blok A hingga blok G, sebuah kantin , dua buah surau dan sebuah Makmal Komputer yang dilengkapi dengan 42 buah komputer peribadi dan sebuah komputer pelayan.
Selama 40 tahun, SMKG telah ditadbir oleh 15 orang pengetua bermula dari En. Low Lye Yeow hinggalah pengetua sekarang iaitu En. Azizan Bin Abdul Hamid. Dengan pimpinan para pengetua tersebut sekolah ini telah meningkat maju sehingga ke saat ini. Walaupun guru-guru sering bertukar ganti tetapi semangat bekerjasama dan berdedikasi tetap wujud dalam diri semua kakitangan SMKG.
PINTU MASUK UTAMA DARI TAHUN 1963
Sekolah ini terletak 23 kilometer dari Bandar Sungai Petani dan 33 Kilometer dari Bandar raya Alor Setar.
Gurun dihubungkan dengan Bandar lain melalui jalan raya / lebuh raya dan juga jalan keretapi.
Pekan Gurun lebih kurang 1 Kilometer dari sekolah. Ia menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pusat membeli belah, bank, pejabat pos dan juga stesen teksi.
Sekolah Menengah Kebangsaan gurun
08300 Gurun, Kedah
Tel : 04-4686240